Polis Menahan Jaminan Mengaku Bersalah Meringankan Hukuman

Malay Articles

What Happens When You Are Arrested During The MCO

Apakah Yang akan Berlaku Sekiranya Anda Ditangkap Semasa Perintah Kawalan Pergerakan

Effective from March 18, 2020, Malaysia officially implemented the Movement Control Order (the “MCO”). In general, a police officer may arrest the violators of the MCO under:

Mulai 18 Mac 2020, Malaysia secara rasmi telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (“MCO”). Secara umum, seorang pegawai polis boleh menangkap sesiapa yang telah melanggar MCO dengan syarat berikut:

1) Obstructing Public Servant In Discharge Of His Public Functions-Section 186 of the Penal Code where violators may receive a penalty of up to RM10,000 or imprisonment for two years or both;

1) Menghalang Pekhidmat Awam Menjalani Fungsi Awamnya -Seksyen 186 Kanun Keseksaan di mana pelanggar boleh menerima hukuman hingga RM10,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya;

http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/files/Publications/LOM/EN/Penal%20Code%20%5BAct%20574%5D2.pdf, (hak cipta milik penerbit)

2) Offence Generally-Section 22 of the Prevention and Control of Infections Disease 1998 where offenders shall be liable on conviction in respect of a first offence to imprisonment for a term not exceeding two years or to fine or to both; and

2) Jenayah Am – Seksyen 22 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 di mana apabila pesalah disabitkan atas kesalahan pertama akan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-duanya; dan

http://www.federalgazette.agc.gov.my/outputp/pua_20200318_PUA91_2020.pdf, (hak cipta milik penerbit)

3) Obstructing Public Servant In Discharge Of His Public Functions- Rule 3 of the Prevention and Control of Infectious Diseases (Measures within Infected Local Areas) Regulations 2020 where violators may receive a penalty of up to RM1,000 and/or imprisonment up to six months.

3) Menghalang Pekhidmat Awam Menjalani Fungsi Awamnya – Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di mana pelanggar boleh menerima hukuman hingga RM1,000 dan / atau penjara hingga enam bulan.

http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/files/Publications/LOM/EN/Draf%20Muktamad%20-%20Act%20342.pdf, (hak cipta milik penerbit)

Arrest is the first step in criminal proceedings against a suspect.

Penahanan adalah langkah pertama dalam prosiding jenayah terhadap suspek.

Your rights upon arrest:

Hak anda semasa ditahan:

1) Right to be informed of the grounds of arrest;

1) Hak untuk diberitahu mengenai alasan penahanan;

2) Right to legal counsel;

2) Hak untuk diwakili oleh seorang peguam;

3) Right to communicate with your lawyer and relative;

3) Hak untuk berkomunikasi dengan peguam dan saudara anda;

4) Right to be brought before a Magistrate within 24 hours (excluding weekends, public holidays and time for the journey to be produced to a Magistrate).

4) Hak untuk dibawa ke hadapan Majistret dalam tempoh 24 jam (tidak termasuk hujung minggu, cuti umum dan waktu perjalanan untuk dibawa ke hadapan Majistret).

After The Arrest:

Selepas Penahanan:

1) You may be asked to surrender all your belongings (including but not limited to shoes, apparel, handphone, wallet, watches);

1) Anda mungkin diminta untuk menyerahkan semua barang (termasuk tetapi tidak terhad kepada kasut, pakaian, telefon bimbit, dompet, jam tangan);

2) You may be required to sign a form stating that you have surrendered these items;

2) Anda mungkin diminta untuk menandatangani borang yang menyatakan bahawa anda telah menyerahkan barang-barang ini;

3) You may only be given very basic food, in some lock-ups;

3) Di beberapa lokap, anda mungkin hanya diberi makanan asas;

4) In certain lock-ups , you may only be given drinking water from a tap, yes, the normal water tap;

4) Dalam lokap tertentu, anda mungkin hanya diberi air minum dari paip, ya, paip air biasa;

5) Usually the police lock-ups will house more than one suspect in one cell, you can socialise with quite a number of people from all walks of life. Ladies will be separated from the gentlemen.

5) Biasanya lokap polis akan menempatkan lebih daripada seorang suspek dalam satu sel, anda boleh bersosial dengan sebilangan besar orang dari semua lapisan masyarakat. Para wanita akan dipisahkan dari para lelaki.

After The First 24 Hours:

Selepas 24 Jam Pertama:

1) The police believe that there is no case against you, then the police will release you;

Polis percaya bahawa tidak ada kes terhadap anda, maka polis akan membebaskan anda;

2) The police believe that they need a longer period to complete the investigation, the police will apply for a remand order to detain you further (if the offence is punishable with imprisonment of less than 14 years, the detention shall not be more than 4 days on the 1st application and not more than 3 days on the 2nd application);

2) Polis percaya bahawa mereka memerlukan masa yang lebih lama untuk menyelesaikan penyiasatan, polis akan meminta perintah tahanan reman untuk menahan anda lagi (jika kesalahan itu dihukum penjara kurang dari 14 tahun, masa penahanan untuk permohonan pertama tidak boleh melebihi 4 hari dan masa penahanan untuk permohonan kedua tidak melebihi 3 hari);

3) The police believe that they have sufficient evidence to charge you, you will be brought before a Magistrate, and the charge will be read and explain to you and you shall be asked whether you wish to plead guilty or claim trial.

Legal representation is preferred to increase the chances to secure bail and reduced the sum required to be deposited so as to be granted bail.

3) Polis percaya bahawa mereka mempunyai bukti yang mencukupi untuk mendakwa anda, anda akan dibawa ke hadapan Majistret, dan tuduhan tersebut akan dibaca dan dijelaskan kepada anda dan anda akan ditanya sama ada anda ingin mengaku bersalah atau menuntut perbicaraan.

Perwakilan peguam adalah digalakkan untuk meningkatkan peluang jaminan dan mengurangkan jumlah jaminan.

POWERS OF POLICE TO ARREST

KUASA POLIS UNTUK MENAHAN

There are claims that police have no power to arrest MCO violators, our Minister clarified that the claim is wrong. 

Terdapat dakwaan bahawa polis tidak mempunyai kuasa untuk menahan pelanggar PKP, Menteri kami menjelaskan bahawa tuntutan itu salah.

Please Click here to find out more

Sila klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut

http://english.astroawani.com/malaysia-news/claims-police-have-no-power-arrest-mco-violators-wrong-238827 (Copyrights belong to the Publishers) (Hak cipta milik Penerbit)

Why Bail Should Be Granted? What Reasons Should You Offer?

Mengapakah jaminan patut diberikan? Apakah Alasan Yang Harus Anda Tawarkan?

If you are arrested, you may try to offer the following reasons as ONE of the many reasons, please consult your lawyer independently. 

Sekiranya anda ditahan, anda boleh mencuba alasan berikut sebagai salah SATU daripada alasan-alasan, sila secara bebas merujuk kepada peguam anda.

The main purpose of the implementation of MCO is to break the chain of the Covid-19 infection and to flatten the curve. One of the ways is by the practice of social distancing. Thus, placing the violators of MCO in detention and putting them behind bars at this moment would defeat the very purpose of implementing the MCO.

Tujuan utama pelaksanaan PKP adalah untuk memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19 dan meratakan lekukan. Salah satu caranya adalah dengan amalan penjarakan sosial. Oleh itu, meletakkan pelanggar PKP dalam tahanan dan meletakkan mereka dalam penjara pada masa ini akan menggagalkan tujuan pelaksanaan PKP.

The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) has expressed the same concerned on their press statement dated April 3, 2020. This is because there is over a thousand of people arrested each day for these few days, most of them are in remand and later charged in court, only a small number of them were released on police bail. 

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah menyuarakan kebimbangan yang sama dalam kenyataan akhbar mereka bertarikh 3 April 2020. Ini disebabkan terdapat lebih daripada seribu orang yang ditahan setiap hari selama beberapa hari ini, kebanyakan mereka ditahan dan kemudian didakwa di mahkamah, hanya sebilangan kecil mereka yang dibebaskan atas jaminan polis.

Therefore the lock-ups and prisons are crowded with the violators of the MCO. The lock-ups and prisons are exposed to the risks of being the new cluster of Covid-19 infection. 

Oleh itu, lokap dan penjara dipenuhi dengan pelanggar PKP. Lokap dan penjara berisiko menjadi kelompok baru jangkitan Covid-19. 

Thus, bail should be granted as opposed to putting the violators in detention and later in jail.

Oleh yang demikian, jaminan harus diberikan berbanding dengan meletakkan pelanggar dalam panahanan dan kemudian di penjara.

Plead Guilty or Claim Trial

Mengaku Bersalah Atau Menuntut Perbicaraan

1) You should get legal representation before the charge is read out to you, otherwise, if you cannot understand the nature and consequences of your guilty plea and your plea of guilt is recorded it is not appealable (you cannot appeal against the conviction and you can only appeal against the extent or legality of the sentence).

1) Anda harus mendapatkan perwakilan peguam sebelum pertuduhan dibacakan kepada anda, jika tidak, sekiranya anda tidak memahami sifat dan akibat pengakuan bersalah anda dan pengakuan bersalah anda direkodkan, maka ia tidak boleh dirayukan (anda tidak boleh membuat rayuan terhadap sabitan tersebut dan anda hanya boleh membuat rayuan terhadap tahap atau kesahan hukuman).

2) After your guilty plea you will be given an opportunity to mitigate the sentence that will be passed against you. Again, at this point if you do not have proper legal representation it will be very disadvantages.

2) Setelah mengaku bersalah, anda akan diberi peluang untuk meringankan hukuman anda. Sekali lagi, pada ketika ini jika anda tidak mempunyai perwakilan peguam yang sesuai, ia sangat merugikan.

3) If you do not plead guilty, the Court will proceed to fix a date to hear your case, wherein, the Prosecutor must made out a prima facie case against you, if a prima facie case is made out, the Court shall call upon you to enter defence. 

3) Sekiranya anda tidak mengaku bersalah, Mahkamah akan menetapkan tarikh untuk mendengar kes anda, di mana, pihak pendakwa mesti mengemukakan bukti dangkal terhadap anda (prima facie case). Sekiranya bukti dangkal itu muktamad, mahkamah akan mengarahkan anda untuk membuat pembelaan. 

4) At the conclusion of the trial, the Court shall consider all evidence and shall decide whether the Prosecutor has proven its case beyond reasonable doubts.

4) Pada akhir perbicaraan, Mahkamah akan mempertimbangkan semua bukti dan akan memutuskan sama ada pihak pendakwa telah membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah.

Sentencing

Hukuman

If you plead guilty or is found guilty at the end of a trial, the Court will pass sentence according to the law and established judicial principles.

Sekiranya anda mengaku bersalah atau disabitkan pada akhir perbicaraan, Mahkamah akan menjatuhkan hukuman mengikuti undang-undang dan prinsip kehakiman yang ditetapkan.

Mitigation

Mitigasi

Before sentencing, you may offer a mitigation plea for a more lenient sentence.

Sebelum hukuman dijatuhkan, anda boleh mengemukakan permohonan untuk meringankan hukuman.

Appeal

Rayuan

The prosecution or you may appeal against the judgment and sentence of the Court.

Pendakwaan atau anda boleh membuat rayuan terhadap penghakiman dan hukuman Mahkamah.

Parting Tip

Peringatan Perpisahan

Having the right advice at the right time can have a very significant impact on the outcome of your arrest, detention, bail, trial, sentencing and appeal.

Mendapatkan nasihat yang tepat pada waktu yang tepat memberi kesan yang sangat besar terhadap penahanan, jaminan, perbicaraan, hukuman dan rayuan anda.

Lim Wen Mi

Diterjemahkan oleh Ng An Ni

Share this page: