Keadaan Pos Digunakan Untuk Menyampaikan Dokumen Mahkamah

Query Repository

Englisih Version

中文版

Circumstances Post Is Used To Deliver Court Documents

Keadaan Pos Digunakan Untuk Menyampaikan Dokumen Mahkamah

  • Personal service not required unless there is express provision or is required by order of the Court. (O.62, r. 1)
  • Penyampaian kediri  tidak diperlukan melainkan terdapat peruntukan nyata atau dikehendaki oleh perintah Mahkamah (A.62, k. 1)
  • When personal service required (O.62, r. 1)
    1.     (1) Any document which by virtue of these Rules is required to be served on any person need not be served personally unless the document is one which by an express provision of these Rules or by order of the Court is required to be so served.
    • Bila penyampaian kediri  dikehendaki (A.62, k.1)

1.     (1) Apa-apa dokumen yang menurut kuasa Kaedah-Kaedah ini dikehendaki disampaikan kepada mana-mana orang tidaklah perlu disampaikan secara peribadi kepada orang itu melainkan jika dokumen itu adalah dokumen yang melalui suatu peruntukan nyata dalam kaedah-kaedah ini atau melalui perintah Mahkamah dikehendaki disampaikan sedemikian.

  • Service of the writ on individuals – A writ can be served on an individual defendant through prepaid AR registered post at the last known address (O. 10, r. 1)
  • Penyampaian writ ke atas individu – Suatu writ boleh disampaikan kepada suatu Defendan individu melalui pos AR berdaftar prabayar yang dialamatkan ke alamat akhirnya yang diketahui (A.10, k.1)

General provisions (O. 10, r. 1)

Peruntukan am (A.10, k.1)


1.     (1) Subject to the provisions of any written law and these Rules, a writ shall be served personally on each defendant or sent to each defendant by prepaid A.R. registered post addressed to his last known address and in so far as is practicable, the first attempt at service must be made not later than one month from the date of issue of the writ.

1.     (1) Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang bertulis dan Kaedah-Kaedah ini, suatu writ hendaklah disampaikan secara kediri  kepada setiap defendan atau dengan menghantarkannya kepada setiap defendan melalui pos AR berdaftar prabayar yang dialamatkan ke alamat akhirnya yang diketahui dan setakat yang dapat dilaksanakan, percubaan penyampaian yang pertama mestilah dibuat tidak lewat dari satu bulan dari tarikh writ itu dikeluarkan.

  • Service on societies – Serve the writ on the registered address of the society by leaving writ there or by sending it by prepaid registered post to the registered address of the society (O. 62, r. 6)
  • Penyampaian ke atas koperasi – menyampaikan writ ke atas alamat berdaftar koperasi dengan meninggalkan writ di sana atau dengan menghantarnya melalui pos berdaftar prabayar kepada alamat berdaftar koperasi (A.62, k. 6)
  • Service on Trade Unions – s. 37 Trade Unions Act 1959 serve the writ on the registered office of the trade union either by leaving it there or sending it by prepaid registered post (O. 62, r. 6)
  • Penyampaian ke atas Kesatuan Sekerja – s.37 Akta Kesatuan Sekerja 1959 sampaikan writ ke atas pejabat berdaftar sama ada dengan meninggalkannya di sana atau menghantarnya melalui pos berdaftar prabayar (A.62, k.6)
  • Service of writ on a partnership (O. 77, r. 3) – Can be served by prepaid registered post (O. 62, r. 6)
  • Penyampaian writ ke atas suatu perkongsian (A.77, k.3) – boleh disampaikan melalui pos berdaftar prabayar (A.62, k.6)

Ordinary service: How effected (O. 62, r. 6)

Penyampaian biasa: Bagaimana dilaksanakan (A.62, k.6)

6.     (1) The service of any document, not being a document which in accordance with these Rules is required to be served personally, may be effected-

6.      (1) Penyampaian apa-apa dokumen, yang bukan dokumen mengikut Kaedah-Kaedah ini dikehendaki disampaikan secara kediri, bolehlah dilaksanakan –


(a) by leaving the document at the proper address of the person to be served;

(a) dengan meninggalkan dokumen itu di alamat yang sewajarnya orang yang hendak disampaikan dokumen itu;


(b) by prepaid registered post;

(b) melalui pos berdaftar prabayar;


(c) by facsimile in accordance with paragraph (3);

(c) dengan faksimile mengikut perenggan (3);


(d) in such other manner as may be agreed between the party serving and the party to be served; or

(d) mengikut cara lain sebagaimana yang dipersetujui antara pihak yang menyampaikan dan pihak yang disampaikan; atau


(e) in such other manner as the Court may direct

(e) mengikut apa-apa cara lain sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.

  • Service of writ on Companies (O. 62, r. 4(1)) – Writ may be sent by registered post to the business address of the company
  • Penyampaian writ ke atas Syarikat (A.62, k.4(1)) – Writ bolehlah disampaikan melalui pos berdaftar kepada alamat perniagaan syarikat tersebut
  • Registered office – Personally or post
    • Pejabat berdaftar – Kediri  atau pos
  • Principal office – Registered post only
    • Pejabat utama – Pos berdaftar sahaja
  • Service of writ on a foreign company registered in Malaysia (O. 62, r. 4(1)(d)) – Writ may be served by registered post to a person authorized to accept service of documents
  • Penyampaian writ ke atas syarikat asing di Malaysia (A.62, r. 4(1)(d)) – Writ bolehlah disampaikan melalui pos berdaftar kepada suatu orang yang diberi kuasa untuk menerima penyampaian dokumen.

Service on corporation (O. 62, r. 4)

Penyampaian kepada perbadanan (A.62, k.4)


4.     (1) Where an action is against a corporation, the writ may be served-

4.     (1) Jika suatu tindakan adalah terhadap suatu perbadanan , maka writ bolehlah disampaikan –


(a) by leaving a copy of it at the registered office (if any) of the corporation;

(a) dengan meninggalkan suatu salinannya di pejabat berdaftar (sekiranya ada) perbadanan itu;


(b) by sending a copy of it by registered post addressed to the corporation at the office, or, if there are more offices than one at the principal office of the corporation, whether such office is situated within Malaysia or elsewhere;

(b) dengan menghantar suatu salinannya melalui pos berdaftar yang dialamatkan kepada perbadanan itu di pejabat , atau, jika terdapat lebih daripada satu pejabat, di pejabat utama perbadanan itu, sama ada pejabat itu terletak di dalam Malaysia atau di mana-mana tempat lain;


(c) by handing a copy of it to the secretary or to any director or other officer of the corporation; or

(c) dengan menyerahkan dengan tangan suatu salinannya kepada setiausaha atau kepada mana-mana pengarah atau pegawai lain perbadanan itu; atau


(d) in the case of a foreign company registered under Part XI of the Companies Act 1965 [Act 125] by handing a copy of it to, or sending the same by registered post to, a person authorized to accept service of process on behalf of the foreign company.

(d) dalam hal syarikat asing yang didaftarkan di bawah Bahagian XI Akta Syarikat 1965 [Akta 125] dengan menyerahkan dengan tangan suatu salinannya kepada, atau menghantarnya melalui pos berdaftar kepada, orang yang diberi kuasa untuk menyetuju terima penyampaian proses bagi pihak syarikat asing itu.

  • Service of writ on agent of overseas principal (O. 10, r. 2)
  • Penyampaian writ kepada ejen prinsipal di luar negeri (A.10, k.2)
  • (3) Where an order is made under this rule authorizing service of a writ on a defendant’s agent, a copy of the order and the writ shall be sent by post to the defendant at his address out of the jurisdiction.
    • (3) Jika suatu perintah dibuat di bawah kaedah ini yang membenarkan penyampaian suatu writ kepada ejen defendan, suatu salinan perintah itu dan writ hendaklah dihantar melalui pos kepada defendan di alamatnya di luar bidang kuasa.
  • Notice of seizure and inventory (O. 46, r. 16)
  • Notis penyitaan dan inventori (A.46, k.16)


(3) The notice of seizure under paragraph (1) and notice of removal and inventory under paragraph (2) may be—

(3) Notis penyitaan di bawah perenggan (1) dan notis pemindahan dan inventori di bawah perenggan (2) boleh –


(a) Handed to the execution debtor personally;

(a) diserahkan kepada penghutang pelaksanaan secara peribadi;


(b) Sent to him by post to his place of residence; or

(b) dikirimkan kepadanya melalui pos ke tempat kediamannya; atau


(c) Left at or sent by post addressed to him at the place from which the property was seized

(c) ditinggalkan atau dikirimkan melalui pos yang dialamatkan kepadanya di tempat di mana harta itu disita.

Share this page:

Sort Comments

No Thoughts on Keadaan Pos Digunakan Untuk Menyampaikan Dokumen Mahkamah

Leave A Comment

Note: All fields are required. Mobile number for WhatsApp for clarification of your comments. Email and phone will not be publish.
Mobile number for WhatsApp in order for us to clarify your comment, if necessary.