Pelepasan Bankrap Penyelesaian Penuh Pemiutang

Malay Articles

Pelepasan Bankrap Penyelesaian Penuh Pemiutang

Bankruptcy Discharge Full Settlement Creditor

Jika anda ingin mendapatkan Pelepasan bankrap selepas Bayaran Sepenuhnya kepada pemiutang penghakiman.

If you wish to obtain a Discharge from Bankruptcy after Payment in Full to the Judgment Creditors.

Anda perlu:

1 Mendapatkan satu surat mengenai penyelesaian yang penuh dan akhir daripada Pemiutang Penghakiman yang “menyebabkan anda bankrap”. Sila JANGAN membuat bayaran sebelum anda melaksanakan semua langkah.

You need to
1 Obtain a letter of full and final settlement from the Judgment Creditors who “made you bankrupt”. Please do NOT proceed to make payment unless you have performed all the steps;

 

2 Berunding untuk jumlah yang lebih kurang daripada Pemiutang Penghakiman sekiranya anda ingin membuat demikian;

2 Negotiate for a lesser sum from the Judgment Creditors if you wish;

3 Mendapatkan satu senarai yang terdiri daripada semua pemiutang yang telah memfailkan satu Bukti Hutang terhadap anda dengan Ketua Insolvensi. Pemiutang yang “menyebabkan anda bankrap” itu mungkin bukan satu-satunya pemiutang yang ada;

3 Get a list of all creditors who have filed a Proof of Debt (POD) against you with the Director General of Insolvency. The creditor who “made you bankrupt” may not be the only creditor;

 

4 Isi, sahkan tandatangan senarai itu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah dan failkan satu Pernyataan Urusan (SOA) dengan Pemegang serah hak rasmi, Ketua Insolvensi;

4 Fill in, affirm (sign) it before a Commission for Oaths and file a Statement of Affairs (SOA) with the Official Assignee, the Director General of Insolvency;

5 Mendapatkan satu surat (selanjutnya ‘Surat’) daripada Ketua Insolvensi tentang jumlah tepat untuk dibayar kepada Ketua Insolvensi supaya mereka setuju kepada permohonan anda untuk pelepasan.

5 Get a letter (hereinafter the “Letter”) from the Director General of Insolvency on the exact sum to be paid to the Director General of Insolvency for them to consent to your application to discharge;

6 Membuat pembayaran yang penuh kepada Ketua Insolvensi seperti yang tertakluk dalam Surat.

6 Make the full payment to the Director General of Insolvency as per the sum in the Letter;

7 Membuat permohonan dalam Mahkamah untuk Pelepasan

7 Instruct a firm of solicitors, to make an application in court for the discharge.

FI UNTUK DIBAYAR KEPADA DGI PADA PELEPASAN

8 Pada pelepasan anda Ketua Pengarah Insolvensi (DGI) akan mengenakan sejumlah wang mengikut Jadual C dalam Kaedah-Kaedah Insolvensi (Fi) 1969, klik di sini untuk sesalinan tersebut

FEES TO PAY TO DGI UPON DISCHARGE
8 Upon your discharge the Director General of Insolvency (DGI) will charge a sum according to Table C in the Insolvency (Fees) Rules 1969, click here for a copy of the same.

“The Malay Version is a translation to the best efforts and if there is a conflict between the translation and the English version, please refer to the English version.”

“Versi Bahasa Melayu ini adalah penterjemahan berpandukan usaha-usaha kami yang terbaik dan seandainya terdapat konflik di antara terjemahan dan versi Bahasa Inggeris, sila rujuk kepada versi Bahasa Inggeris.”

Original translation by June

Amended by Khairunnisa, Yugi

 

Share this page: