Bagaimanakah Saya Membuat Penggulungan Syarikat?
Jika terdapat syarikat yang berhutang dengan anda, dan telah gagal, enggan (tidak mahu) atau abai (terlupa) untuk membayar hutang, anda boleh memohon untuk membuat penggulungan dengan menyampaikan petisyen ke Mahkamah berdasarkan Seksyen 218 (1)(e) Akta Syarikat 1965.
If a company owes you money and has failed, refused (do not want to) or neglected (forgot) to pay the debt, you may apply to wind it up by presenting a petition to court pursuant to section 218(1)(e) of the Act.
Artikel yang berkaitan adalah “Bagaimana Untuk Dibayar Dengan Membuat Penggulungan Terhadap Penghutang Anda!”
Related article “How to Get Paid By Winding Up Your Debtors!”
Petisyen penggulungan jenis ini biasanya disampaikan oleh pemiutang atas alasan bahawa syarikat tersebut tidak boleh membayar hutang dan ini harus dibuktikan kepada Mahkamah sehingga Mahkamah berpuas hati.
A winding-up petition of this type is usually presented by a creditor on the grounds that the company cannot pay its debts and this has to be proven to the satisfaction court.
Bagaimanakah saya membuktikan kepada Mahkamah bahawa syarikat itu tidak boleh membayar hutang?
How do I prove to the court that the company cannot pay its debts?
Permulaan
Untuk memulakan proses penggulungan, peguamcara akan menyampaikan, notis berdasarkan Seksyen 218 Akta Syarikat 1965 kepada penghutang-penghutang agar mereka membayar hutang dalam masa 21 hari.
Jika penghutang-penghutang gagal untuk membayar, Petisyen penggulungan akan difailkan di Mahkamah.
To start the process of winding up the lawyers will serve onto the debtors, a notice pursuant to section 218 of the Companies Act 1965 for the debtors to pay the debts within 21 days.
If the debtors fail to pay, a winding up Petition will be filed in court.
Membekukan Akaun Bank
Selepas menfailkan Petisyen penggulungan, kita boleh memohon di kepada Mahkamah untuk membekukan akaun bank penghutang-penghutang. Alasan bagi mengambil tindakan ini adalah kerana ramai penghutang akan cuba untuk ‘mengosongkan’ bank akaun mereka dengan memindahkan dana di dalam akaun bank mereka apabila mendapat tahu bahawa syarikat mereka akan digulungkan.
After the winding up Petition is filed, we may apply to the court for the bank accounts of the debtors be frozen. The reasons for doing so is because many debtors will try to ’empty’ their bank accounts by moving the funds in their bank accounts once they know that their company is going to be wound up.
Perbicaraan Petisyen
Petisyen Penggulungan akan selalunya ditetapkan untuk dibicarakan di Mahkamah dalam masa 2 bulan penfailan/permulaan seperti yang telah diberitahu diatas.
The Winding Up Petition will usually be fixed to be heard in Court within two months of filing/ commencement as we have mentioned earlier.
