Tiga Cara Insurans Peribadi Kereta akan Mengosongkan Dompet Anda
3 Ways Your Private Car Insurance Will Burn a Hole in Your Pocket
English Version
Di Malaysia, membeli kereta adalah simbolik sebagai tanda berdikari dan kedewasaan dalam kehidupan kebanyakan daripada kita. Namun begitu, tahukah anda, sejauh manakah perlindungan yang polisi insurans peribadi kereta standard anda berikan dan apakah yang tidak termasuk dalam perlindungan mereka?
In Malaysia buying a car serves as a mark of independence and adulthood in most of our lives. However, do you know what is the extent of coverage that your standard private car insurance policy provides and what it does not cover?
Apakah yang TIDAK termasuk dalam Perlindungan Insurans Peribadi Kereta Standard.
1 Terdapat banyak contoh keadaan dimana syarikat insurans akan menafikan liabilti, dan ada yang menggelar diri mereka “Special Perils” yang termasuklah banjir, taufan, ribut, letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, gelinciran tanah, penenggelaman, atau bencana alam lain.
2 Tambahan lagi, polisi generik tidak meliputi kehilangan atau kerosakan disebabkan oleh rusuhan, mogok, kekecohan awam, dan juga Liabiliti Undang-undang kepada penumpang.
What your Standard Private Car Insurance Policy WILL NOT Cover.
1 There are many instances that the insurance company will deny liability, and some of them are called “Special Perils”, which includes flood, typhoon, hurricane, storm, tempest, volcanic eruption, earthquake, landslide, landslip, subsidence, or other convulsion of nature.
2 Furthermore, the generic Policy does not cover loss or damage caused by riot, strike, civil commotion, and also Legal Liability to Passengers.
2.1 Untuk pemahaman yang lebih mendalam tentang pengiraan, kami akan menggunakan contoh insurans motokar bagi kereta Toyota Avanza, kereta 7 tempat duduk dengan kapasiti enjin 1,496 cc, dan diinsuranskan pada jumlah RM70,000.
For better understanding of the calculations herein, we shall use the example of a motor car insurance for a Toyota Avanza, a 7-seater car with an engine capacity 1,496 cc, and insured at a sum of RM70,000.
Banjir, Ribut dan Angin Ribut.
3 Melalui senarai “special perils” seperti yang dinyatakan di atas, seseorang pastinya akan tertanya-tanya, “Adakah

saya akan dilindungi jika kereta saya terkandas dalam banjir?” Jawapannya adalah Tidak.
Flood, Storm, and Tempest
3 Going through the list of special perils as stated above, one cannot help but wonder “Would I be covered if my car is stuck in a flood?” The answer to that is No.
4 Polisi biasa anda tidak melindungi untuk bayaran kerosakan mekanikal, kegagalan enjin atau kerosakan lain yang disebabkan oleh air banjir memasuki bahagian dalaman kereta anda.
Your common Policy does not cover for the payment of any
mechanical breakdowns, engine failure or other damages that are caused by flood water entering the interiors of your car.
4.1 Salah satu daripada klien kami terpaksa menggantikan enjin kereta Kelas C nya, selepas keretanya terlibat dalam banjir kilat di Bandar, kos penggantian enjin adalah sebanyak USD20,000 (RM80,000).
4.1 One of our clients had to replace the engine of his C Class, after his car was hit by flash flood in the City, the replacement cost for the engine was a whopping USD20,000 (RM80,000).
Endorsmen untuk Banjir

5 Anda mempunyai pilihan untuk menambah polisi anda dengan bayaran premium tambahan dengan endorsmen banjir, rebut, taufan dan angin ribut.
5.1 Endorsmen secara asasnya adalah perlindungan tambahan yang anda boleh langgan bersama dengan polisi asal berserta dengan yuran.
5 You have the option to supplement your policy by the payment of an additional premium with a flood, storm, hurricane, and tempest Endorsement.
5.1 An endorsement is basically an additional coverage that you may subscribe together with the original Policy with a fee.
5.2 Bagi endorsmen untuk “Special Perils”, tambahan premium yang diperlukan adalah 0.5% daripada nilai kereta itu.
5.2.1 Contohnya, pengiraan bagi kereta dengan insurans berjumlah RM70,000 adalah seperti berikut:
0.5% x RM 70,0000.00 = RM 350.00
For the Endorsement for Special Perils, the additional premium required is 0.5% of the value of the car.
5.2.1 For example, the calculation for a car with a sum insured of RM70,000 is as follows:
0.5% x RM 70,0000.00 = RM 350.00
Rusuhan, Mogok dan Kekecohan Awam
6 Melihat kepada keadaan semasa, rusuhan dan kekacauan orang awam sudah menjadi perkara biasa di serata dunia.
6.1 Polisi generik tidak melindungi kerosakan yang terkena kereta anda akibat daripada tindakan ganas, atau sebarang gangguan keamanan awam.
Riot, Strike, and Civil Commotion (RSCC)
6 In view of the current events, riots and other public disturbances are becoming a common issue worldwide.
6.1 The generic Policy does not cover for damages inflicted upon your car consequence to a violent act, or any disturbance of the public peace.
Endorsmen untuk Rusuhan, Mogok dan Kekecohan Awam
7 Untuk mengelakkan diri daripada binasa akibat perkara seperti itu, melanggan endorsmen yang menyediakan perlindungan kepada rusuhan, mogok dan kekecohan awam adalah bermanfaat kerana ia secara spesifik melindungi seperti berikut:
To avoid being devastated by such events, subscribing to the endorsement providing protection against riots, strikes, and civil commotions will be beneficial as it specifically covers the following:
7.1 Tindakan seseorang menyertai mana-mana gangguan keamanan awam atau tindakan pihak berkuasa yang sah yang dilakukan dalam menindas atau meminimumkan gangguan tersebut; dan
7.1 The act of any person taking part in any disturbance of the public peace or the acts of a lawful authority done in suppressing or minimizing the said disturbance; and
7.2 Tindakan rela mana-mana pemogok atau pekerja yang dilakukan dalam demonstrasi mogok atau rintangan kepada mana-mana penguncian premis, atau tindakan mana-mana pihak berkuasa yang sah yang dilakukan dalam menindas atau meminimumkan akibat tindakan pekerja-pekerja itu.
The wilful act of any striker or worker done in demonstration of a strike or resistance to any lockout from the working premises, or the acts of any lawful authority done to suppress or minimize the consequences of the worker’s acts.
7.3 Untuk mendapatkan Endorsmen bagi Rusuhan, Mogok dan Kekacauan, seseorang hendaklah membayar premium 0.3% daripada jumlah yang diansurans. .
7.3.1 Sebagai contoh, pengiraan bagi premium tambahan Toyota Avanza dengan jumlah insurans pada RM 70,000.00 adalah seperti berikut:
0.3% x RM 70,000.00 = RM 210.00
To obtain the Endorsement for RSCC, one has to pay a premium of 0.3% of the sum assured.
7.3.1 For example, the calculation for the additional premium for a Toyota Avanza with a sum insured at RM 70,000.00 is as follows:
0.3% x RM 70,000.00 = RM 210.00
Liabiliti Undang-Undang kepada Penumpang (LLP)
8 Polisi generik mempunyai klausa tentang Pengecualian Liabiliti Undang-Undang kepada Penumpang (“LLP”). Penanggung insurans tidak akan melindungi anda untuk apa-apa kecederaan dialami oleh penumpang.
The generic Policy has a clause on the Exclusion of Legal Liabilities to Passengers (“LLP”). The insurer will not cover you for any injury sustained by the passengers.
Endorsmen untuk Liabiliti Undang-Undang kepada Penumpang
9 Anda boleh memilih untuk memanjangkan perlindungan dengan mengalihkan LLP sedia ada (Endorsmen 100) dengan yuran, kemudian, Penanggung Insurans akan melindungi anda dengan sedikit pengecualian seperti yang tertera

dibawah.
You can choose to extend the cover by removing the existing LLP clause (Endorsement 100) for a fee, then, the Insurers will cover you with some exceptions as stated herein.
9.1 Premium untuk Endorsmen LLP adalah 25% daripada Premium Pihak Ketiga dimana RM 10.00 ditambah untuk setiap kerusi yang melebihi 5 kerusi.
The premium for LLP endorsement is 25% of the Third Party Premium whereby RM 10.00 is added for every seat that is in excess of five seats.
9.2 Sebagai contoh, bagi Toyota Avanza, dengan jumlah insurans sebanyak RM70,000 Premium Pihak Ketiga adalah dianggarkan sebanyak RM 168.75.OIeh itu, pengiraan bagi Endorsmen LLP adalah seperti berikut:
25% x RM 168.75 =RM 42.19
RM42.19+ RM20.00 (untuk dua kerusi tambahan) = RM 62.19
Premium is estimated to be RM 168.75. Therefore, the calculation for the LLP Endorsement is as follows:
25% x RM 168.75 =RM 42.19
RM42.19+ RM20.00 (for the additional two seats) = RM 62.19
10 Syarikat Insurans TIDAK AKAN membayar untuk apa-apa kecedaraan atau kematian penumpang yang;
10.1 membayar untuk perjalanan itu; atau
10.2 pekerja anda; atau
10.3 ahli keluarga anda,yang sedang dalam perjalanan santai.
10 The Insurers WILL NOT pay for any bodily injury or death of a passenger who is:
10.1 paying for the ride; or
10.2 your employee; or
10.3 your family member, transported in the course of a leisurely travel .
11 Dalam kes Union Insurance Co. v Chan You Young [1995] 4 CLJ 92, diputuskan di Mahkamah Rayuan di Malaysia, isteri kepada orang yang dilindungi insurans boleh menuntut Union Insurance Co. kerana pada masa kemalangan, dia sedang dipandu kerana hendak pergi ke tempat kerja dan bukannya untuk perjalanan santai.
11 In the case Union Insurance Co. v Chan You Young [1995] 4 CLJ 92, decided by the Court of Appeal of Malaysia, the wife of the Insured was able to claim from Union Insurance Co. as at the time of accident, she was being driven because she was heading to work instead of being on leisurely travel.
Kenderaan Masuk Singapura
12 Satu lagi perkara yang perlu diambil tahu adalah, jika anda bercadang untuk memandu ke Singapura dengan kenderaan anda, anda perlu mempunyai Endorsmen LLP kerana ia diwajibkan di Singapura.
12 Another point to note is that, if you are planning to drive to Singapore with your vehicle, you are required to have the Endorsement for LLP as it is compulsory in Singapore.
Penafian Data dan Maklumat (Disclaimer)
13 Artikel ini adalah sebahagian daripada usaha Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) Alex Chang & Co. untuk berkongsi pendapat tentang undang-undang. Sila rujuk penasihat undang-undang anda dan broker insurans anda untuk keperluan spesifik.
This article is a part of Alex Chang & Co’s Corporate Social Responsibility effort to share our thoughts on some legal matters. Please consult your legal advisors and/or your insurance brokers on your specific needs.
13.1 Hakcipta Terpelihara. Walau bagaimanapun, anda boleh berkongsi pautan kepada laman ini.
Contoh Pengiraan

