Live chat Whatsapp/ Viber +6012-2273289
Skype: alexchanglaw
(Monday to Friday 0900 to 1700; Hong Kong Time GMT +8)
Debt Recovery Companies Winding Up Legal Firm

Languages:   English    繁体中文    简体中文   Malay

Defamation-Social-Media-MalayDalam era digital sekarang, media social seperti Facebook, Twitter dan Sina Weibo telah menjadi sebahagian kehidupan seseorang. Baru-baru ini, calon-calon untuk pilihan raya umum presiden Amerika Syarikat 2016 mendorong  berjuta-juta posting Facebook, dan ia sudah cukup untuk menutup sebuah Bandar kecil jika ia dicetak.  Ini menunjukkan betapa berkuasa  media sosial dalam kehidupan seharian kita.

Terdapat salah faham bahawa  prinsip-prinsip undang-undang biasa tidak digunakan  dalam kes media sosial. Anda mungkin telah melanggar kanun-kanun yang berkaitan seperti Akta Fitnah 1957 dan Kanun Tatacara Jenayah jika anda meluahkan pendapat anda di internet tanpa fikiran.. Pengguna internet telah menyalahfahamkan bahawa seseorang hanya akan didapati bersalah atas membuat kenyataan palsu tentang seseorang melalui perkataan atau jua tulisan. Kenyataan ini bukan sepenuhnya benar. Undang-undang mengenai fitnah juga melanjut di media massa. Kita tidak patut membezakan media social daripada penerbiatan biasa lain dari segi fitnah.  Selain itu, populariti media social yang bagi bantuan dalam penghantaran maklumat selanjutnya menambah risiko kepadanya.

Sebelum menerbitkan sesuatu perkara, anda seharusnya berfikir dari perspektif sebagai seorang editor akhbar. Hal ini dikatakan demikian, tanggungjawab yang anda perlu ditanggung adalah sama dengan seorang editor akhbar.

Berikut adalah lima perkara yang perlu diketahui apabila anda mengepos sesuatu di ‘Internet’:

1.    Jangan membuat kenyataan berunsur fitnah yang akan memusnahkan maruah seseorang

2.    Menghormati hak privasi seseorang

3.    Pastikan sumber maklumat adalah tepat dan boleh dipercayai sebelum berkongsi maklumat

4.    Jangan berkongsi atau ‘retweet’ sesuatu yang tidak benar

5.    Menjadi seorang pengguna internet yang bertanggungjwab

 

1.    Jangan membuat kenyataan berunsur fitnah yang akan memusnahkan maruah seseorang

Pada tahun 2011, seorang lelaki berkewarganegaraan Kanada yang  mengajar di sebuah sekolah antarabangsa di Malaysia telah membawa tindakan fitnah terhadap bekas teman wanitanya terhadap tuduhan jahat mengenai beliau di laman social yang telah memusnahkan reputasinya. Mahkamah Rayuan memutuskan sebulat suara bahawa Defendan dikehendaki membayar jumlah ganti rugi sebanyak RM1,000,000 kepada Plaintif atas  tuduhan palsu yang dibuat olehnya. Oleh sebab ketidakupayaa Defendan untuk membayar jumlah wang penghakiman, Plaintiff diberi hak untuk memfailkan petisyen pemiutang terhadap Tertuduh yang boleh menjadikannya diisytiharkan muflis. Selepas itu,  Defendan didapati bersalah mengenai penghinaan mahkamah kerana dia mengingkar arahan mahkamah dan meneruskan serangannya terhadap  Plaintif. Mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Defendan atas kegagalan Defendan mematuhi arahan mahkamah.

Defendan dalam kes tersebut mengambil pendekatan yang melampau untuk melepaskan kemarahannya dengan menjadi  ‘keyboard warrior’. Walaupun kenyataan fitnah yang Defendan buat mengenai Plaintif mungkin dapat menenangkan kemarahannya seketika.  namun, dia  telah terdedah dirinya kepada risiko saman yang membawa kerugian yang tidak dijangka. Pada fasa ini, Defendan boleh  dibuat bankrap oleh Plaintif pada bila-bila masa dan  hukuman  penjara boleh dilaksanakan terhadapnya.

Pada tahun 2015, seorang doktor di Sibu mengambil tindakan terhadap seorang penyelia syarikat mengenai kenyataan yang mengumpat beliau dalam Facebook  dan menyebabkan imej beliau sebagai seorang doctor professional tercemar. Jika penyelia tersebut tidak berpuas hati dengan bayaran rawatan perubatan,   seharusnya dia  membuat aduan melalui saluran yang betul (contoh: Majlis Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Council),   bukan membuat tuduhan di Facebook.

Kes-kes tersebut menunjukkan bahawa kenyataan yang dibuat di ‘Internet’ adalah mencukupi untuk menarik tindakan undang-undang terhadap anda..

Pengguna-pengguna internet seringkali lupa  bahawa kita perlu  bertanggungjawab terhadap pernyataan yang dibuat dalam platform sosial. Akaun ID yang didaftarkan ‘online’ bukan sahaja membolehkan seseorang  menyembunyikan identiti sebenar, tetapi juga membenarkan dia menyuarakan pendapat secara bebas tanpa dikritik oleh orang di sekelilingnya.

Kita perlu berjaga-jaga dengan perkataan yang akan guna di ‘Internet’. Jika seseorang mengalami tekanan emosi atau  kerugian wang  akibat komen-komen yang anda buat sebelum ini, individu tersebut berhak untuk membawa saman fitnah terhadap anda.

2.    Menghormati hak privasi orang lain

Kejadian ini berlaku di Melbourne, Australia. Seorang wanita tersilap memalukan seorang lelaki di media sosial bahawa dia percaya lelaki tersebut  menangkap gambar anaknya. Dia melabelkan lelaki tersebut sebagai ‘creep’ (membawa maksud ‘rayapan’)  pada siarannya dan mendakwa bahawa pihak polis sedang menyiasat  perkara ini. Post wanita tersebut telah dikongsi sebanyak 20,000 kali dalam satu hari. Perkara ini hanya diketahui oleh lelaki tersebut pada hari berikutnya. dan dia segera menjelaskan diri bahawa dia sebenarnya sedang mengambil gambar sendiri bersebelahan dengan paparan ‘Star Wars’  untuk anak dia.. Lelaki itu sebagai mangsa dalam kejadian ini mendakwa bahawa beliau dan keluarganya terjejas teruk  atas pengalaman pahit ini dan dia mempertimbangkan mengambil tindakan undang-undang tindakan terhadap wanita tersebut.

Selain daripada pernyataan skandal  yang dibuat oleh wanita tersebut, tindakan dia yang mengambil gambar lelaki tersebut dan menerbitkan gambar itu tanpa kebenaran telah melanggar hak privasi lelaki itu. Gambarnya yand dimuat naik di platform social menjadikan dia dikenali oleh orang ramai dan gambar tersebut masih boleh ditemui  walaupun kejadian ini  berlaku sedekad yang lalu. Sungguhpun post yang berkenaan dipadam oleh wanita tersebut,tiada sesiapa yang boleh memastikan bahawa gambar tersebut  belum dimuat turun oleh orang lain dan kemudiannya dimuat naik ke ‘Cloud Storage’.

3.    Pastikan sumber maklumat adalah tepat dan boleh dipercayai sebelum berkongsi maklumat

Selama ini, terdapat satu penipuan (http://www.hoax-slayer.com/survive-heart-attack.html) yang  beredar dalam internet sejak tahun 1999yang menyarankan orang belajar “Cough CPR”- prosedur yang memerlukan pesakit  membatuk kuat untuk menghadapi serangan sakit jantung ketika bersendirian. Persatuan Jantung Amerika (‘American Heart Association’)  tidak menyokong “Cough CPR” dan menyatakan bahawa cara ini hanya boleh ditunjukkan oleh anggota penyelamat yang professional dan tidak patut diajar kepada orang biasa.

Sebelum berkongsi sebarang maklumat, terutamanya yang berkaitan dengan  nasihat perubatan, ia adalah amat penting untuk memastikan sumber maklumat boleh dipercayai. Mesej tersebut tidak diluluskan  oleh mana-mana persatuan perubatan atau pakar-pakar perubatan yang diketahui.‘Forwarding’ maklumat sebegini adalah tidak bertanggungjawab.

Baru-baru ini, terdapat penipuan yang berada di ‘Internet’  mengenai beratus-ratus kanak-kanak ditemui dengan organ-organ mereka dituai di sempadan Thailand.. Kanak-kanak tersebut ditemui oleh kerajaan Thailand apabila mereka mendapati sebuah van dengan berates-ratus kanak-kanak dan organ mereka diekstrak dari tubuh mereka. Mesej tersebut dilampirkan dengan imej yang menggambarkan deretan kanak-kanak mati berbaris di atas lantai.

Walau bagaimanapun, berdasarkan sumber maklumat (http://www.rojakpot.com/100s-children-found-organs-harvested/), kanak-kanak tersebut bukan mangsa dalam pengambilan organ harum, tetapi mangsa-mangsa dalam serangan senjata kimia di Syria.

Kes ini tidak dipaparkan dalam apa-apa media berita arus perdana seperti CNN dan BCC, walaupun kanak-kanak mati dalam keadaan yang aneh. Berita ini hanya boleh didapati di media sosial seperti Facebook dan Whatsapp. Berfikir secara logik, bagaimana kematian yang melibatkan berates-ratus kanak-kanak tidak dilaporkan dalam Berita Nasional? Jelaslah bahawa mesej tersebut adalah tidak benar.

Kita perlulah bertanggungjawab atas penyebaran maklumat yang tidak betul serta mengelirukan orang dan berhenti mengedarkan maklumat tersebut dalam ‘Internet’.

4.    Jangan berkongsi atau ‘retweet’ sesuatu yang tidak benar

Walaupun seseorang itu bukan penulis penerbitan fitnah yang berkenaan dengan berkongsi atau  ‘retweeting’ di laman sosial, dia dikehendaki mempertanggungjawabkan kesalahan fitnah. Oleh itu, anda perlu berhati-hati apabila anda berkongsi atau ‘retweet’ pernyataan yang skandal, bak kata pepatah berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat.

5.    Menjadi seorang pengguna internet yang bertanggungjawab

Kebebasan bersuara merupakan salah satu unsure tidak boleh dipisahkan daripada masyarakat yang demokratik. Namun begitu, keseimbangan antara hak kebebasan bersuara, hak martabat dan hak privasi individu sukar dicapai.. Definisi ‘kebebasan’ adalah berbeza antara satu sama lain. Sesetengah orang menyalahgunakan hak kebebasan suara mereka dengan membuat komen yang melampau.

Setiap orang sepatutnya menjadi seorang pengguna ‘internet’ yang bertanggungjawab dengan  bersikap sopan terhadap pandangan orang lain yang dipaparkan ‘online’. Orang ramai boleh membuat rujukan kepada ‘Netiquette’ (kombinasi antara perkataan ‘Network’ dan ‘Etiquette’) iaitu satu panduan bagi cara-cara berkomunikasi di ‘internet’.

Kemajuan teknologi  menyebabkanpengurangandalam jurang umur pengguna internet. Tetapi,  berusia muda tidak boleh menjadi pembelaan bahawa anda tidak peru bertanggungjawab atas kes fitnahan jika anda mampu merebakkan maklumat yang mampu musnahkan maruah atau merosakkan reputasi seseorang.

Perkataan seorang boleh menjadi senjata yang kuat. Pada tahun 2015, terdapat seorang artis Taiwan yang menjadi mangsa pembulian siber dan telah memutuskan keputusan untuk mengakhiri kehidupannya pada usia 24  pada tahun 2015. Sebenarnya, keganasan oral lebih berbahaya brbanding dengan keganasan fizikal kerana ia tidak meninggalkan kesan dan tidak dapat dilihat pada permukaan.. Anda tidak dapat mengenal pasti orang yang mengalami kesan keganasan raol dan menawarkan bantuan anda.

Sekiranya setiap individu meletakkan diri dalam kasut orang lain, apabila orang lain memberikan pandangan yang pelik dan jijik terhadap anda  akibat daripada kenyataan yang tidak benar di ‘internet’ bagaimana anda akan berasa? Oleh itu, jika kita menggunakan  menggunakan lebih masa  berfikir tentang akibat-akibat  sebelum menghantar komen yang akan memburukkan seseorang, kita mungkin dapat menyelamatkan nyawa.

Elise Tam Vie Vien

Elise Tam Vie Vien

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Alex Chang & Co

LIVE CHAT (9am-5pm Hong Kong Time Mondays to Fridays):
Whatsapp/ Viber +6012-2273289
Secrets of Debt recovery In Malaysia!

Click Here to Find Out More...

Cart