Judgment Debtor Summons
Saman Penghutang Penghakiman
- Introduction to Judgment Debtor Summons
Pengenalan kepada Saman Penghutang Penghakiman
A judgment debtor summon is an enforcement procedure for the recovery or payment of money.
Saman penghutang penghakiman adalah suatu prosedur penguatkuasaan untuk pemulihan atau pembayaran wang.
For instance, if a defendant fails or refuses to pay a judgment sum worth RM25000, then a judgment debtor summons will be taken out against the defendant. The defendant will then be known as the judgment debtor who is the person against whom the judgment or order is made. On the other hand, the person taking out the judgment debtor summons will then be known as the judgment creditor.
Sebagai contoh, jika seorang defendan gagal atau enggan membayar jumlah penghakiman bernilai RM25000, maka saman penghutang penghakiman boleh dikeluarkan terhadap defendan tersebut. Defendan kemudiannya akan dikenali sebagai penghutang penghakiman yang merupakan orang di mana penghakiman atau perintah dikeluarkan terhadapnya. Sebaliknya, orang yang mengambil saman penghutang penghakiman kemudiannya akan dikenali sebagai pemiutang penghakiman.
As established in Nakano (Malaysia) SDN.BHD. v Oriental Wealth (M) SDN. BHD. [2000] MLJU 435, the purpose of a judgment debtor summons is to discover the means of a defendant and as to whether a defendant can pay the judgment debt. It is used for the discovery of information on the assets and financial means of the judgment debtor as the judgment debtor will be required to declare his financial abilities and produce proof of income and expenses.
Seperti yang ditetapkan di Nakano (Malaysia) SDN.BHD. v Oriental Wealth (M) SDN. BHD. [2000] MLJU 435, tujuan suatu saman penghutang penghakiman adalah untuk mencari kemampuan defendan dan sama ada defendan dapat membayar hutang penghakiman. Ini adalah digunakan untuk penemuan informasi mengenai aset dan kemampuan kewangan penghutang penghakiman kerana penghutang penghakiman akan diminta untuk mendeklarasikan kemampuan kewangannya dan mengemukakan bukti pendapatan dan perbelanjaan.
- Application Procedures for Judgment Debtor Summons
- Prosedur Permohonan bagi Saman Penghutang Penghakiman
The principles guarding the application of this order are laid down in the Debtors Act 1957 together with Orders 48 and 74 of Rules of Court 2012.
Prinsip-prinsip yang mengawal penerapan perintah ini adalah diperuntukkan di bawah Akta Penghutang 1957 bersama dengan Aturan-aturan 48 dan 74 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012.
If the judgment debtor is an individual, the judgment creditor must then apply for a judgment debtor summons by filing a request in Form 174. The judgment creditor will also file in court a judgment debtor summons in Form 177. The judgment debtor summons has to be served personally on the person summoned at least seven days before the day fixed for the hearing.
Sekiranya penghutang penghakiman adalah seorang individu, maka pemiutang penghakiman mesti memohon untuk suatu saman penghutang penghakiman dengan menfailkan suatu permohonan dalam Borang 174. Pemiutang penghakiman tersebut juga akan menfailkan saman penghutang penghakiman di mahkamah dalam Borang 177. Saman penghutang penghakiman tersebut hendaklah disampaikan secara kendiri kepada orang yang disaman sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum hari yang ditetapkan untuk pendengarannya.
The judgment debtor will then be required to attend before the registrar to disclose whether any debt is owing to the judgment creditor and if so, explain why the judgment debt has not been settled. Furthermore, the judgment debtor will also be examined as to whether he or she has any property or any means of satisfying the judgment or order. The judgment debtor may also be required to declare his or her financial abilities by producing relevant books, papers and documents relating to such property.
Penghutang penghakiman tersebut kemudiannya diminta untuk hadir di hadapan pendaftar untuk mendedahkan sama ada terdapatnya hutang yang terhutang kepada pemiutang penghakiman dan sekiranya ada, menerangkan sebab hutang penghakiman tersebut belum diselesaikan. Selain itu, penghutang penghakiman tersebut juga akan diperiksa dengan sama ada dia mempunyai harta atau mana-mana kemampuan untuk memuaskan penghakiman atau perintah tersebut. Penghutang penghakiman tersebut juga diminta untuk mendeklarasikan kemampuan kewangannya dengan mengemukakan buku, kertas dan dokumen relevan yang berkaitan dengan harta sedemikian.
If the debtor is a company, the application of the judgment debtor summons is made ex-parte in Form 175 supported by affidavit in Form 176. Once leave is granted, the judgment debtor summons in Form 177 may then be issued and served on the judgment debtor together with the affidavit.
Sekiranya penghutang tersebut adalah sebuah syarikat, permohonan saman penghutang penghakiman adalah dibuat ex-parte dalam Borang 175 yang disokong dengan afidavit dalam Borang 176. Selepas kebenaran diberikan, saman penghutang penghakiman dalam Borang 177 kemudiannya boleh dikeluarkan dan disampaikan pada penghutang penghakiman bersama dengan afidavit.
The Court will then fix the matter for hearing. The directors or secretaries of the company would be required to come before the Court. The Court will then examine the directors by asking them to disclose their bank accounts, assets and other relevant records. The Court may also require them to disclose their financial expenses. The Court will then decide the manner in which the company will have to settle the judgment sum.
Mahkamah kemudiannya akan menetapkan perkara itu untuk pendengaran. Para pengarah atau setiausaha syarikat adalah dikehendaki untuk hadir di hadapan Mahkamah. Mahkamah kemudiannya akan memeriksa para pengarah dengan meminta mereka untuk mendedahkan akaun bank, aset-aset dan rekod-rekod lain mereka yang berkaitan. Mahkamah juga boleh meminta mereka untuk mendedahkan perbelanjaan kewangan mereka. Mahkamah kemudiannya akan memutuskan cara di mana syarikat tersebutharus menyelesaikan jumlah penghakiman tersebut.
The Court may then make an order for the debtor to repay the debt in installments or in whatever manner the Court thinks is reasonable. This process will generally take three or four months to be determined in Court.
Mahkamah kemudiannya boleh membuat suatu perintah membolehkan penghutang untuk membayar hutang secara ansuran atau dengan apa-apa cara yang difikirkan wajar oleh Mahkamah. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga atau empat bulan untuk ditentukan di Mahkamah.
- Failure to Make Payment by the Judgment Debtor
- Kegagalan Penghutang Penghakiman Membuat Pembayaran
In the event that the judgment debtor does not appear in Court or defaults in making the payment despite the service of the Judgment Debtor Summons, committal proceedings may be commenced where the Court may order him to be arrested or be brought before the court to be examined.
Sekiranya penghutang penghakiman tidak hadir di Mahkamah atau gagal dalam membuat pembayaran walaupun dengan penyampaian Saman Penghutang Penghakiman, prosiding pengkomitan boleh dimulai di mana Mahkamah boleh memerintah penghutang penghakiman tersebut untuk ditangkap atau dibawa ke hadapan mahkamah untuk diperiksa.
The application for an order of arrest shall be made ex parte by notice of application supported by an affidavit to a Judge in Chambers. It would require him to explain why he or she had failed to comply with the order and show cause as to why he should not be sent to prison for failing to comply with the court order. This notice shall be in Form 179 and it has to be served personally at least 4 days before the debtor’s attendance.
Permohonan untuk suatu perintah penangkapan hendaklah dibuat secara ex parte melalui notis permohonan yang disokong dengan suatu afidavit kepada Hakim dalam Kamar. Ia memerlukannya untuk menjelaskan sebab dia gagal untuk mematuhi perintah tersebut dan menunjukkan sebab mengapa dia tidak harus dihantar ke penjara atas kegagalannya untuk mematuhi perintah mahkamah tersebut. Notis ini hendaklah dalam Borang 179 dan hendaklah disampaikan secara kendiri sekurang-kurangnya 4 hari sebelum kehadiran penghutang.
The court may then decide to either vary the terms as it thinks just or order to commit the judgment debtor to prison.
Mahkamah kemudiannya boleh memutuskan sama ada untuk mengubah terma-terma sebagaimana yang difikirkannya adil atau memerintah untuk membuat hukuman penjara terhadap penghutang penghakiman tersebut..
However, it should be acknowledged that the judgment debtor would not be committed to prison unless it does appear that he or she has the sufficient means to comply with the order.
Namun, ia harus diakui bahawa penghutang penghakiman tersebut tidak akan dimasukkan penjara melainkan sekiranya ia adalah ternyata bahawa dia mempunyai kemampuan yang mencukupi untuk mematuhi perintah tersebut.
- Conclusion
- Kesimpulan
According to section 6(3) of the Limitation Act 1953, it is established that the enforcement of the judgment cannot be brought after the expiration of twelve years from which the judgment became enforceable. It is also noted that no arrears of interest in respect of any judgment debt shall be recovered after the expiration of six years from the date on which the interest became due.
Menurut seksyen 6 (3) Akta Had Masa 1953, ia adalah ditetapkan bahawa penguatkuasaan penghakiman tidak dapat dilaksanakan setelah penamatan dua belas tahun sejak penghakiman tersebut boleh dikuatkuasakan. Ia juga adalah diperhatikan bahawa tiada tunggakan faedah sehubungan dengan hutang penghakiman dapat diperolehi setelah penamatan enam tahun dari tarikh di mana faedah itu tertunggak.
Therefore, a judgment creditor is advised to enforce the judgment promptly as any mode of execution will be barred once the limitation period has passed.
Oleh itu, pemiutang penghakiman dinasihatkan supaya menguatkuasakan penghakiman dengan segera kerana mana-mana kaedah pelaksanaan adalah dilarang setelah tempoh had masa sudah berlalu.
Lee Nicholas Heng Jin
The University of Sheffield