{"id":7825,"date":"2020-10-14T15:15:26","date_gmt":"2020-10-14T07:15:26","guid":{"rendered":"http:\/\/alexchanglaw.com\/?p=7825"},"modified":"2020-11-07T16:20:47","modified_gmt":"2020-11-07T08:20:47","slug":"masa-menjadi-asas-nur-qamarynna-kamarudin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/alexchanglaw.com\/index.php\/masa-menjadi-asas-nur-qamarynna-kamarudin\/","title":{"rendered":"\u2018Masa menjadi asas\u2019 Nur Qamarynna Kamarudin"},"content":{"rendered":"\n<p><a href=\"https:\/\/alexchanglaw.com\/index.php\/time-is-of-the-essence-nur-qamarynna-kamarudin\/\">English Version<\/a><\/p>\n\n\n\n<p>Masa bergerak terlalu pantas dan artikel ini merupakan\ntugasan terakhir yang perlu saya selesaikan &nbsp;sebelum saya meninggalkan firma guaman ini.\nSatu bulan yang sungguh mencabar namun sangat memberi inspirasi kepada saya\nyang merupakan pelajar praktikal di Alex Chang &amp; Co. Namun begitu, saya tetap\nmenikmati masa yang terluang&nbsp; di sini\nbagi menimba ilmu dan pengalaman baru.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>MASA ITU EMAS<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Sewaktu hari pertama saya berada di sini, saya mendapati\nbahawa setiap saat yang akan diluangkan dalam masa bekerja di firma ini adalah\nsangat berharga dan tidak boleh dibazirkan begitu sahaja. Setiap tugasan yang\ndiberikan hendaklah dijalankan dengan serius dan betul. Oleh itu, sekiranya\nanda tidak memahami arahan yang telah diberikan kepada anda, adalah lebih baik\nuntuk anda memastikan kesahihan arahan tersebut dengan bertanya kepada individu\nyang mengarahkan anda melakukan sedemikian. Hal ini kerana sekiranya anda terus\nmeluangkan masa untuk memikirkan kesahihan arahan tersebut, anda pasti tidak\nakan boleh melangsaikan tugasan tersebut. Maka, bak kata pepatah Melayu,\nsediakan payung sebelum hujan. <\/p>\n\n\n\n<p><strong>TINDAKAN\nYANG EFISIEN<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Semasa minggu kedua saya berada di sini, saya berpeluang\nuntuk menghadiri perbicaraan bersama Tuan Chang dan beberapa ahli firma yang\nlain di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi. Melalui pengalaman ini, saya\nmempelajari bahawa tindakan yang efisien adalah kunci kejayaan seseorang peguam\ndalam arena ini. Sebagai seorang peguam, anda perlu berfikir dan bertindak\nsecara efisien dalam apa jua keadaan. Saya sangat terdorong dengan sikap Tuan\nChang dan Cik Lim menggunakan masa yang ada sewaktu kami dalam perjalanan ke\nIstana Kehakiman di Putrajaya untuk \u201cmeramal\u201d soalan yang bakal diajukan oleh\nhakim sewaktu perbicaraan nanti. Saya berasa hanya yang terbaik boleh melakukan\nseperti mereka. <\/p>\n\n\n\n<p><strong>BERJUANGLAH\nUNTUK KESEMPURNAAN <\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBilakah tugasan\nawak boleh dijangka siap?\u201d merupakan soalan yang kerap ditanyakan oleh Tuan\nChang selepas beliau mengagihkan tugasan kepada pasukan beliau. Memandangkan\nsetiap kes mempunyai garis masa yang telah ditetapkan, Mr Chang selalu\nmeletakkan standard yang tinggi untuk setiap tugasan yang diberikan kepada\npasukannya kerana Mr Chang percaya hakim di mahkamah tidak akan menerima\nperkara yang tidak mencukupi atau kurang. Jangan terkejut, hal ini terpakai\njuga kepada anda walaupun anda hanyalah seorang pelajar praktikal! Di sinilah\nsaya mengasah kemahiran saya untuk membilang tugas dan memprioritikan tugasan\nyang diberikan kepada saya. Saya sangat berterima kasih kepada CIk An Ni, Cik\nJaryne, Cik Janice dan Cik Chow kerana mereka selalu bersama saya untuk\nmelazimkan saya dengan format dan SOP bagi setiap tugasan yang diberikan.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>BUMI MANA YANG TIDAK DITIMPA HUJAN<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai penutup bicara, memandangkan masa menjadi asas, saya\npercaya bahawa dalam proses membaiki dan membangunkan diri kita, kita hendaklah\nmemahami dan menerima dengan hati yang terbuka bahawasanya sesetengah\npengajaran yang bermakna harus dipelajari melalui cara yang sukar. Belajarlah\ndari kesilapan masa lampau anda. Bermula dari tugasan seharian yang biasa\nsehinggalah tugasan yang paling penting di pejabat, saya mendapati bahawa\nterdapat banyak sebab, pengajaran dan nilai di sebalik setiap tugasan yang\ndiberikan. Ia mungkin tidak bererti bagi sesetengah orang namun bagi saya, saya\nmerasakan sebab, pengajaran dan nilai inilah yang penting untuk membentuk\nperibadi saya yang masih muda dan mempunyai pandangan yang terhad terhadap\nbanyak perkara. Tuan Chang pernah bertanya pada saya jika latihan praktikal\nyang sedang saya jalani ini telah membawa apa-apa manfaat buat saya dan masih\nsegar di ingatan saya, saya menjawab dengan sebuah \u201cya\u201d. Sejujurnya, pengalaman\nberkerja di firma guaman Alex Chang &amp; Co. telah mendidik saya melebihi apa\nyang saya perlu pelajari sebagai seorang bakal peguam. Latihan praktikal ini\ntelah mengajar saya betapa pentingnya keberadaan setiap individu di dalam\nsesebuah firma guaman. Maka, saya harus bekerja dengan tekun sebagai seorang\npeguam dan haruslah merendah diri sebagai seorang manusia biasa di luar sana. <\/p>\n\n\n\n<p><strong>UCAPAN APRESIASI<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Memandangkan masa saya bersama firma Alex Chang &amp; Co.\nsemakin suntuk, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Chang\natas peluang yang diberikan kepada saya untuk menimba pelbagai ilmu dan pengalaman\nbaru di Alex Chang &amp; Co. Kepada Cik Lim, Cik Chow, Cik Janice dan Cik\nElaine, terima kasih juga untuk segala tunjuk dan saya berasa amat bertuah\nkerana dapat bertemu dengan kalian. <\/p>\n\n\n\n<p>Akhir sekali, terima kasih kepada Cik An Ni dan Cik Jaryne\nkerana selalu melayan kerenah saya. Saya amat berharap kita dapat berjumpa lagi\ndi masa akan datang dan saya sungguh tidak sabar untuk melihat kalian memakai\njubah hitam yang sangat eksklusif itu!<\/p>\n\n\n\n<p>Selamat tinggal dan terima kasih untuk segalanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Nur Qamarynna Kamarudin<\/p>\n\n\n\n<p>Universiti Teknologi MARA, Shah Alam<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"alignleft size-large is-resized\"><img loading=\"lazy\" src=\"https:\/\/alexchanglaw.com\/wp-content\/uploads\/2020\/11\/ACC-Qama-Photo-watermarked-1024x1024.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-7992\" width=\"626\" height=\"626\"\/><\/figure><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>English Version Masa bergerak terlalu pantas dan artikel ini merupakan tugasan terakhir yang perlu saya selesaikan &nbsp;sebelum saya meninggalkan firma guaman ini. Satu bulan yang sungguh mencabar namun sangat memberi inspirasi kepada saya yang merupakan pelajar praktikal di Alex Chang &amp; Co. Namun begitu, saya tetap menikmati masa yang terluang&nbsp; di sini bagi menimba ilmu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1805,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[1],"tags":[85],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/alexchanglaw.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7825"}],"collection":[{"href":"https:\/\/alexchanglaw.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/alexchanglaw.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alexchanglaw.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1805"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alexchanglaw.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=7825"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/alexchanglaw.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7825\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":7996,"href":"https:\/\/alexchanglaw.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/7825\/revisions\/7996"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/alexchanglaw.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=7825"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/alexchanglaw.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=7825"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/alexchanglaw.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=7825"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}