{"id":12489,"date":"2026-06-12T18:10:59","date_gmt":"2026-06-12T10:10:59","guid":{"rendered":"https:\/\/alexchanglaw.com\/?p=12489"},"modified":"2026-06-12T18:32:18","modified_gmt":"2026-06-12T10:32:18","slug":"lim-mian-ying-first-trial-experience-bahasa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/alexchanglaw.com\/index.php\/lim-mian-ying-first-trial-experience-bahasa\/","title":{"rendered":"Pengalaman Perbicaraan Pertama"},"content":{"rendered":"\n<p><a href=\"https:\/\/alexchanglaw.com\/index.php\/lim-mian-ying-first-trial-experience\/\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\">English version<\/a><\/p>\n\n\n\n<p><a href=\"https:\/\/alexchanglaw.com\/index.php\/lim-mian-ying-first-trial-experience-chinese\/\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\">\u4e2d\u6587\u7248<\/a><\/p>\n\n\n\n<p>&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Pada hari pertama saya sebagai seorang pelajar penempatan dalam sebuah firma guaman, yang juga merupakan hari pertama kerja pertama saya, saya berasa amat bertuah kerana saya berpeluang untuk menghadiri Mahkamah Yang Mulia. &nbsp;Saya masih ingat ketika saya berada dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, fikiran saya memang \u201crupa-rupanya ini perasaanya berada dalam Makhkamah Yang Mulia\u201d disebabkan oleh suasana di dalam Mahkamah Yang Mulia benar-benar amat berbeza daripada apa-apa yang saya biasa alami.&nbsp; Persekitarannya begitulah serius dan penuh wibawa, manakala setiap peguam yang saya lalui kelihatan beigtu profesional. &nbsp;Agenda pada hari tersebut adalah untuk mendapatkan arahan daripada Hakim Yang Arif, yang lazimnya dilakukan di dalam bilik mahkamah. &nbsp;Namun begitu, mungkin dewi nasib, Tyche, menyebelahi saya pada hari itu, kerana saya berpeluang memasuki Kamar Hakim (bilik peribadi Hakim Yang Arif di dalam mahkamah atau prosiding undang-undang yang didengar secara tertutup tanpa kehadiran orang awam.) ketika arahan tersebut diberikan.<\/p>\n\n\n\n<p>&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Sebagai seorang pelajar penempatan yang hampir tidak mempunyai pengalaman dalam bidang ini kepada sebuah firma guaman, saya telah beranggapan bahawa kali ini mungkin kali pertama dan juga kali terakhir saya menghadiri Mahkamah Yang Mulia ini sebelum saya menyiapkan Ijazah Sarjana Muda saya.&nbsp; Saya amat gembira apabila saya menyedari bahawa ramalan saya bersalah.&nbsp; Tidak lama selepas hari pengurusan kes sehingga perbicaraan berlangsung. &nbsp;Sebelum tibanya hari yang amat penting tersebut, pelbagai penyelidikan serta mesyuarat telah diadakan. &nbsp;Saya terasa amat gementar pada hari itu.&nbsp; Saya telah menghadiri Mahkamah Yang Mulia sekali lagi, tetapi, perbezaan kali ini dengan kali sebelumnya ialah pada kali ini, saya tidak hanya duduk dalam galeri. &nbsp;Mr. Chang telah meminta kebenaran daripada Hakim Yang Arif supaya pelajar penempatan dan pelatih dalam kamar daripada kedua-dua firma guaman dibenarkan untuk duduk di meja peguam dan menggunakan komputer riba untuk mencatatkan nota prosiding. &nbsp;Walaupun tugas saya hanya untuk mencatat apa yang dikatakan sepanjang perbicaraan, saya berasa amat bernasib baik bahawa saya berpeluang untuk mengambil bahagian dalam proses tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Pengalaman tersebut amat mengujakan dan mencabar. &nbsp;Ramai individu bercakap secara berturut-turut. &nbsp;Pada peringkat awal, saya telah menghadapi kesusahan untuk menangkap setiap perkara yang dikatakan serta mengenal pasti siapa yang telah mengatakannya. &nbsp;Namun akhirnya, saya berjaya menyesuaikan diri dengan tugas tersebut. &nbsp;Pengalaman ini banyak membantu meningkatkan kemahiran saya dalam mengenal pasti perkara-perkara penting daripada perbualan yang panjang dan juga meningkatkan kelajuan menaip saya.<\/p>\n\n\n\n<p>&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Antara aspek yang paling menarik sepanjang perbicaraan ialah apabila pemeriksaan utama dan pemeriksaan balas dijalankan. &nbsp;Apa yang akan saya pasti ingat selama-lamanya dengan jelas daripada pengalaman ini adalah cara para peguam merangka ayat ketika mereka menyoalkan saksi. &nbsp;Bagi saya, ia amat menarik kerana setiap soalan diajukan dengan cara yang tidak pernah saya bayangkan sebelum ini. &nbsp;Kaedah dan teknik yang digunakan ketika menyoal saksi sentiasa melangkaui jangkaan saya. &nbsp;Pengalaman ini memberikan perspektif baharu yang saya anggap sebagai sangat menarik serta edukatif.<\/p>\n\n\n\n<p>&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Pemeriksaan balas merupakan bahagian yang saya paling suka sepanjang perbicaraan ini. &nbsp;Soalan-soalan dirangka dengan begitu teliti untuk mencabar kredibiliti saksi pihak lawan serta menonjolkan ketidakselarasan dalam keterangan yang diberikan. &nbsp;Proses ini menunjukkan kepentingan ketelitian dan perhatian terhadap setiap perincian oleh para peguam dengan jelas ketika meneliti dokumen yang dikemukakan kepada mereka. &nbsp;Kegagalan untuk memberi perhatian boleh memberikan Kesan negatif kepada keputusan sesuatu kes.<\/p>\n\n\n\n<p>&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Sepanjang perbicaraan dijalankan, saya juga menyedari bahawa tahap persediaan yang sangat tinggi diperlukan oleh para peguam. &nbsp;Persediaan bukan sahaja dilakukan sebelum perbicaraan, malah ketika waktu rehat sekalipun saya mendapati diri saya sibuk mengemaskini nota untuk digunakan dalam perbincangan selepas itu. &nbsp;Kehidupan seorang peguam rupa-rupanya lebih sibuk daripada apa yang pernah saya bayangkan.<\/p>\n\n\n\n<p>&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Peguam bagi kedua-dua pihak telah membentangkan kes mereka secara tersusun dan teratur, dengan membuat rujukan secara teliti kepada bukti, terma polisi serta undang-undang kes yang berkaitan. &nbsp;Semakin lama saya mengikuti perbicaraan tersebut, semakin jelas kepada saya bahawa kejayaan dalam litigasi bukan sahaja bergantung kepada pengetahuan peguam dalam undang-undang dan fakta kes, tetapi juga kepada tahap persediaan serta strategi dalam membentangkan bukti dan dokumen sokongan.<\/p>\n\n\n\n<p>&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Saya mengangap pengalaman ini amat bermakna kerana ia bukan sahaja memberikan gambaran sebenar kepada saya bahawa bagaimana sesuatu perbicaraan akan dijalankan, tetapi juga menyedarkan saya tentang perbezaan antara perbicaraan sebenar dengan apa yang digambarkan dalam buku teks serta drama televisyen. &nbsp;Perbicaraan tersebut memberikan pemahaman yang berharga tentang prosedur mahkamah, kemahiran advokasi, serta kerumitan yang terlibat dalam pertikaian sebenar.&nbsp; Dalam kehidupan, jarangnya sesuatu situasi yang dapat dibezakan secara jelas antara hitam dan putih. &nbsp;&nbsp;Selalunya terdapat kawasan-kawasan kelabu yang memerlukan pertimbangan dan penilaian. &nbsp;Waktu inilah yang peguam-peguam memainkan peranan penting dengan mengemukakan hujahan yang memihak kepada anak guam mereka di hadapan Mahkamah Yang Mulia untuk diputuskan oleh Hakim Yang Arif. &nbsp;Pengalaman yang saya akan selalu ingat ini telah memberikan saya pendedahan kepada perbicaraan yang benar berbandingan dengan apa yang ditawarkan oleh media sosial. &nbsp;Pada masa yang sama, usaha para peguam juga tidak boleh dipandang remeh dalam kejayaan sesuatu kes litigasi kerana, seperti yang pernah diungkapkan oleh Louis Pasteur, \u201cNasib menyebelahi minda yang bersedia.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Lim Mian Ying<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>English version \u4e2d\u6587\u7248 &nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Pada hari pertama saya sebagai seorang pelajar penempatan dalam sebuah firma guaman, yang juga merupakan hari pertama kerja pertama saya, saya berasa amat bertuah kerana saya berpeluang untuk menghadiri Mahkamah Yang Mulia. &nbsp;Saya masih ingat ketika saya berada dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, fikiran saya memang \u201crupa-rupanya ini perasaanya berada dalam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1804,"featured_media":12486,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[80],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/alexchanglaw.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12489"}],"collection":[{"href":"https:\/\/alexchanglaw.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/alexchanglaw.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alexchanglaw.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1804"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alexchanglaw.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=12489"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/alexchanglaw.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12489\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12497,"href":"https:\/\/alexchanglaw.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/12489\/revisions\/12497"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/alexchanglaw.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/12486"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/alexchanglaw.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=12489"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/alexchanglaw.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=12489"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/alexchanglaw.com\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=12489"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}