Kod pemakaian di Mahkamah bagi Peguam dan Orang Awam Kuala Lumpur Malaysia

(L-R) Chuah Sui Cheing, Yeoh Khee Hing, Tan Eng Keat, Alex Chang and Ding Ming Shu

Kod pemakaian di Mahkamah bagi Peguam dan Orang Awam Kuala Lumpur Malaysia

Dress Code Court Attire Lawyers and Public Kuala Lumpur Malaysia

 

 

 

Kod Pemakaian

“Jika kebanyakan daripada kita malu dengan pakaian yang lusuh dan perabot yang  kurang bermutu, marilah kita lebih malu dengan idea yang lusuh dan falsafah yang kurang bermutu…Situasi akan menjadi sedih jika pembalut lebih bagus daripada isi yang terbalut di dalam”

  • Albert Einstein.

 

Jika anda tertanya-tanya apakah kod pemakaian yang perlu diikuti di mahkamah, sila baca lebih lanjut. Jika anda ingin membaca tentang apa yang kami KATAKAN dan bagaimana kami menujukan (address) tuan Hakim, sila lawati laman di bawah yang mengandungi beberapa ucapan di mahkamah semasa prosiding kemasukan (long call).

 

KOD PEMAKAIAN DI MAHKAMAH:

LELAKI AWAM

Kemeja putih/tidak bercorak berlengan panjang dan tali leher, seluar berwarna gelap. Kasut hitam formal.

WANITA

Kemeja putih/tidak bercorak berlengan panjang, blaus berkolar dengan skirt panjang (bawah paras  lutut) untuk wanita. Kasut hitam formal.

KOD PEMAKAIAN DI MAHKAMAH: PEGUAM

LELAKI

Kemeja
Berlengan panjang berwarna putih dengan kolar sayap putih dan Bib

Seluar (Slacks) -Longgar
Hitam/Biru Laut/Kelabu Gelap. Jalur dibenarkan.

Jaket
Hitam.  Butang tembaga (brass button) tidak dibenarkan.

Sarung kaki
Hitam/Biru Laut

Kasut
Hitam/Biru Laut/Kelabu Gelap

Jubah
Hitam

Pakaian Kepala
Serban dan songkok adalah dibenarkan.

WANITA

Blaus
Putih berlengan panjang dan kolar sayap putih dan bib

Skirt
Hitam/biru laut/kelabu gelap dan paras bawah lutut. Jalur dibenarkan.

Seluar-Longgar
Seluar Gelap dan Tidak mengikut bentuk badan

Baju Tradisional
Tidak berwarna terang dan sopan.

Jaket
Hitam.  Butang tembaga (brass button) tidak dibenarkan.

Stokin Nilon – Tidak Diwajibkan (Pilihan)
Hanya warna kulit dibenarkan

Kasut
Hitam/Biru Laut/Kelabu Gelap. Sandal tidak dibenarkan di Mahkamah.

Jubah
Hitam

Pakaian Kepala
Hitam/Putih/Biru Laut/Kelabu Gelap. Corak bunga halus dan cetakan corak juga dibenarkan.

2     Aksesori Kostum
Semua peguam (lelaki dan wanita) adalah dilarang daripada memakai apa-apa lambang, riben, lencana, gelang, dll. yang melambangkan mana-mana parti politik atau bermotif politik.

 

“The Malay Version is a translation to the best efforts and if there is a conflict between the translation and the English version, please refer to the English version.”

“Versi Bahasa Melayu ini adalah usaha terbaik kami untuk menterjemah. Jika ada konflik di antara terjemahan Bahasa Melayu dengan versi Bahasa Inggeris, sila rujuk versi Bahasa Inggeris.”

Translation by Khairunnisa

Amended by Yugi, Alicia

Cross checked by Jessie

 

WhatsApp